CHE WONG

CHE WONG


Che Wong terdiri dalam kumpulan Senoi. Suku kaum Che Wong terdapat di bahagian Pahang Tenggara. Ciri fizikal suku kaum Che Wong agak berbeza dengan kumpulan Negrito. Wanita Che Wong berkulit kuning dan cantik. Ada lipatan pada mata atau bermata sepet. Ada yang berambut lurus dan ada yang berkeriting. Baik lelaki dan wanita mereka bersederhana tinggi. Orang Che Wong amat pemalu dan ini menyukarkan komunikasi di antara kita dan mereka. Wanita Che Wong menyusu sendiri bayi mereka, oleh kerana itu bayi mereka sihat dan bertubuh. Kaum lelaki Che Wong kurus dan rendah. Namun otot-otot mereka sasa kerana mereka tinggal di dalam hutan dan sering memanjat bukit dan gunung. Populasi mereka boleh ditemui di Lanchang, kaki Banjaran Gunung Benom. Kini mereka menghadapi krisis kehilangan etnik kerana kadar kelahiran rendah dan kini terdapat tidak lebih 500 orang dari suku kaum ini.

No comments: